Jalan Jalan ke Taman Rama-Rama Dan Reptilia Melaka | Memang best puas hati

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 7. 09. 2024
  • Taman Rama-Rama terletak di Ayer Keroh, Melaka, Malaysia. Taman ini merupakan satu taman rama-rama dan serangga yang paling komprehensif dengan berbagai-bagai spesies tempatan termasuk yang jarangkali ditemui iaitu Raja Brooke dan Sayap Burung. Terdapat juga koleksi lebih dari 400 jenis spesimen serangga.
    Datang ke Taman Rama Rama boleh menjadi salah satu pilihan terbaik untuk menyegarkan diri dan berehat dari kesibukan harian. Terutamanya di Malaysia, terdapat beberapa pilihan sekaligus dan salah satunya di Melaka.
    Ia bukan sahaja sebagai alternatif untuk menyegarkan, di sini anda juga boleh menonton pelbagai rama rama serta pelbagai jenis serangga. Ini sesuai dengan nama taman ini sendiri iaitu Taman Rama rama & Reptilia Melaka Butterfly & Reptile Sanctuary.
    Taman ini merupakan tarikan pelancong yang mesra untuk semua peringkat umur. Harga tiket masuk juga sangat berpatutan dan berkunjung ke sini, kanak-kanak juga boleh belajar tentang pelbagai jenis serangga dan rama-rama.
    Tiada permainan istimewa yang boleh digunakan oleh pengunjung apabila mereka berasa letih dan ingin bermain. Tetapi sebaliknya, di sini terdapat kandang rama-rama, kolam ikan koi dan taman buaya dan reptilia.
    Harga tiket :-
    Dewasa : Rm27.00
    Kanak2 : Rm22.00
    Antaranya yang terdapat dekat Taman Rama-Rama & Reptilia Melaka ini adalah :-
    1) Sangkar Rama-Rama
    2) Kolam Ikan Koi
    3) Taman Buaya & Reptilia
    Memang best…tempat n taman cantik2 boleh ambil gambar 😊😊
    #melaka
    #cuticutimalaysia
    #melakabest
    #tamanramaramamelaka

Komentáře • 1

  • @mhdhaswad6958
    @mhdhaswad6958 Před 8 měsíci

    Kat air keroh Melaka ye. Salam perkenalan saya MHD HASWAD pekebun koko dan kelapa matag dari SABAK BERNAM Selangor.