service aircond DAIKIN R32 || cara penyelengaraan aircond DAIKIN R32 (6bulan WAJIB BUAT)

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 25. 08. 2024
  • 7 Sebab Anda Perlu Senggara Penyaman Udara
    Tahukah anda, adalah bahaya jika anda tidak menyenggara unit penyaman udara anda dengan baik? Lebih-lebih lagi dengan cuaca beriklim tropika seperti Malaysia. Kewujudan penyaman udara boleh mengawal suhu di tempat kerja dan juga rumah. Namun jiga tidak disenggara dengan baik, ia juga boleh memudaratkan kesihatan.
    Jika anda tidak menyenggara penyaman udara anda, udara yang tercemar tidak dapat dibersihkan oleh unit penyaman udara anda. Hasilnya anda akan bernafas dalam udara yang tidak sihat dan dicemari oleh kotoran dan habuk. Ini mengakibatkan penyakit seperti asma, alahan, resdung dan banyak lagi. Apabila bakteria, virus atau kulat mula terkumpul dalam sistem penyaman udara anda, tentulah kesannya lebih buruk lagi!
    1. Memanjangkan jangka hayat
    Servis berkala penting supaya unit penyaman udara anda boleh beroperasi tanpa beban yang tinggi. Ia juga dapat memanjangkan jangka hayat unit penyaman udara anda. Kecekapan unit untuk beroperasi seperti asal bakal berkurangan di sebabkan kotoran pada penyejat dan pemeluwap jika unit tidak atau jarang diservis.
    2. Udara bersih
    Untuk mendapatkan udara bersih, unit penyaman udara hendaklah diservis mengikut jadual yang ditetapkan. Ini kerana semasa servis, penapis udara telah dibersihkan bagi menjamin kualiti udara lebih baik. Jadi anda akan terhindar daripada penyakit seperti alahan, resdung dan juga asma!
    3. Mengelak kebocoran
    Selain itu saluran air juga boleh tersumbat jika unit penyaman udara anda tidak diservis mengikut jadual. Kebiasaannya ia tersumbat disebabkan oleh lumut dan habuk. Saluran yang tersumbat akan menyebabkan air menitis ke lantai rumah anda.
    4.Menjimatkan elektrik
    Unit dapat beroperasi dengan cekap jika ia diservis mengikut jadual. Tenaga tambahan juga tidak diperlukan untuk unit beroperasi. Bil elektrik anda boleh meningkat kerana tenaga tambahan atau beban tambahan ini.
    5. Kesan masalah kerosakan lebih awal
    Jika terdapat sebarang masalah, juruteknik dapat mengesan ia lebih awal ketika servis. Ini dapat mengelakkan perbelanjaan besar untuk kos penyelenggaraan dan untuk mengelakkan kerosakan yang lebih teruk.
    6. Nasihat pakar
    Anda boleh mendapatkan nasihat tentang apa sahaja yang berkaitan dengan unit penyaman udara daripada juruteknik yang datang sewaktu perkhidmatan servis. Secara tak langsung anda dapat menambahkan pengetahuan anda dalam bidang ini.
    7. Keselamatan Paling utama,
    unit penyaman udara anda perlu diservis disebabkan soal KESELAMATAN. Anda haruslah mengutamakan keselamatan anda dan juga orang lain. Perkhidmatan servis yang kerap akan menjamin keselamatan unit dari segi pendawaian elektrik dan juga punca bekalan kuasa.
    #daikin
    #aircond
    #service
    #r32
    #penyamanudara
    #penghawadingin

Komentáře • 32

  • @adikzam1619
    @adikzam1619 Před rokem +9

    Terbaik.. Terima kasih... Dah boleh buat sendiri.. Jimat ratus2.. Dulu panggil servis, siap turun barang RM120.. skrg cuci kat atas tanpa bawa turun.. RM120 kalau bawa turun, RM150- 180.. Guna air tuan rumah, wkwkwkwk... xpa, xsalah , itu mata pencarian diaorang.. Cuma nk gtau je..😂😂😂😂.. Tapi bila dah ada CZcams ni, dh boleh DIY sendiri..

  • @rafidahsaid6226
    @rafidahsaid6226 Před 9 dny

    Terima kasih sgt³ ats perkongsian ilmunya...dah cuba buat ptg tdi, memang mencabar jgk la utk wanita beginner mcm sy..tp alhamdulillah semua ok...suka bila aircond dah bersih ni..jimat pun yer..

  • @zulfikranzulmos4066
    @zulfikranzulmos4066 Před 29 dny +1

    x tunjuk pon bhgn cuci blower tetibe siap dah 😆😆

  • @APIE7153
    @APIE7153 Před 2 lety +1

    Alhamdulillah terima kasih kongsi ilmu..

  • @tetouringmhmhmatlagend4477

    Tq info

  • @mustaqimredzuan6191
    @mustaqimredzuan6191 Před 2 měsíci

    assalamualaikum, tq bang atas perkongsian, sy follow cara abang, alhamdulliah ok. cuma air cond ada bunyi bila kita on, air cond sejuk, cuma bunyi tu sy tak leh detect sbb apa? kot abang tahu punca nya. boleh habaq kt sini. terima kasih ilmu.

  • @daun7696
    @daun7696 Před 3 měsíci

    Bang ajar buka blower acson 1hp pulak hehe

  • @AshKun93
    @AshKun93 Před 3 měsíci

    Ajar bang bukak tray daikin/acson tu macam mana

  • @princecat91
    @princecat91 Před 3 měsíci

    Blower tu saya dah try tolak keluar. Tapi tak ma keluar. Last sembur air sabun, gosok ngn berus cat pastu sembur air paip.

  • @lioncub8888
    @lioncub8888 Před měsícem

    bang nk tanya, blower i dah pasang balik boleh pusing dan skrew blower dah diketatkan tapi bila on blower dia tak pusing dan tapi motor ada bunyi "hummm", sebelum buat ni blower jalan biasa
    Masa pasang blower dekat shaft fan motor tu agak susah sebab ketat, adakah ia biasa?

  • @Oppo-wb9qm
    @Oppo-wb9qm Před 3 měsíci

    Bang kalau xyah cabut blower...terus tembak air kat area coil gan blower tu.okey x?ad effect apa2 x

  • @putrarenovation716
    @putrarenovation716 Před rokem

    Cuci outdoor Ada tak. Model ni

  • @joeberuang6971
    @joeberuang6971 Před rokem +1

    Blower dh buka skru tp ssh nak bawa keluar, tarik tolak pun x nk keluar.. Kenapa yer?

    • @pemburuawan
      @pemburuawan  Před rokem

      klu gtuu xyah buka bang rsau rosak bnde lain plk .. abg cuci guna berus cat jee cuci blower dri luar jee..

  • @abunzero1111
    @abunzero1111 Před rokem +1

    bang nk tanya,,blower tu blh basuh k atau cuci kering shaja??

  • @fahmiezakaria8512
    @fahmiezakaria8512 Před rokem +1

    skru blower kene bukak habis ke.or tinggal je kat situ

    • @pemburuawan
      @pemburuawan  Před rokem

      sikit jeee

    • @fahmiezakaria8512
      @fahmiezakaria8512 Před rokem

      @@pemburuawan bab bersih setel dah.kuar plok satu hal lagi.keluar lampu merah.tanda star.tapi econ sejuk
      naik pening kepalaaaaaa

  • @mrx3139
    @mrx3139 Před rokem +2

    Jika spray air basuh kt radiator dia boleh ke?

    • @pemburuawan
      @pemburuawan  Před rokem +1

      blh mmg perlu cuci pon, sbb tmpat tuu laa laluan angin masuk celah2 tuu semua.. klu celah2 tuu semua panuh dengan habuk.. salah satu punca ekon jdi x sejuk

    • @mrx3139
      @mrx3139 Před rokem +1

      @@pemburuawan tapi lepas cuci aircond jd lngsng x sejuk. Jd beku kt coil pening sy

    • @pemburuawan
      @pemburuawan  Před rokem +1

      @@mrx3139 tuu ada masalah copper kemik atau sumbat.. kne bnggil tach dtg cek

    • @mrx3139
      @mrx3139 Před rokem

      @@pemburuawan okay terima ksh tuan

    • @razeefco3560
      @razeefco3560 Před rokem

      @@mrx3139 jadi apa puncanya?

  • @Ali_Mursi
    @Ali_Mursi Před rokem +1

    bang nak tanya kalau daikin bunyi ketek ketek tu masalah apa ea

    • @pemburuawan
      @pemburuawan  Před rokem

      cuba abg duduk dekat dia, bahagian mne dia bunyi.. cuba abg off dia punya bilah swab

  • @putrarenovation716
    @putrarenovation716 Před rokem +1

    Bang kalau buka xde effect gas ke pape eh

    • @pemburuawan
      @pemburuawan  Před rokem

      xada cuma jgn sembur air kat box electric dah laa