service aircond DAIKIN R32 || cara penyelengaraan aircond DAIKIN R32 (6bulan WAJIB BUAT)

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 2. 06. 2022
  • 7 Sebab Anda Perlu Senggara Penyaman Udara
    Tahukah anda, adalah bahaya jika anda tidak menyenggara unit penyaman udara anda dengan baik? Lebih-lebih lagi dengan cuaca beriklim tropika seperti Malaysia. Kewujudan penyaman udara boleh mengawal suhu di tempat kerja dan juga rumah. Namun jiga tidak disenggara dengan baik, ia juga boleh memudaratkan kesihatan.
    Jika anda tidak menyenggara penyaman udara anda, udara yang tercemar tidak dapat dibersihkan oleh unit penyaman udara anda. Hasilnya anda akan bernafas dalam udara yang tidak sihat dan dicemari oleh kotoran dan habuk. Ini mengakibatkan penyakit seperti asma, alahan, resdung dan banyak lagi. Apabila bakteria, virus atau kulat mula terkumpul dalam sistem penyaman udara anda, tentulah kesannya lebih buruk lagi!
    1. Memanjangkan jangka hayat
    Servis berkala penting supaya unit penyaman udara anda boleh beroperasi tanpa beban yang tinggi. Ia juga dapat memanjangkan jangka hayat unit penyaman udara anda. Kecekapan unit untuk beroperasi seperti asal bakal berkurangan di sebabkan kotoran pada penyejat dan pemeluwap jika unit tidak atau jarang diservis.
    2. Udara bersih
    Untuk mendapatkan udara bersih, unit penyaman udara hendaklah diservis mengikut jadual yang ditetapkan. Ini kerana semasa servis, penapis udara telah dibersihkan bagi menjamin kualiti udara lebih baik. Jadi anda akan terhindar daripada penyakit seperti alahan, resdung dan juga asma!
    3. Mengelak kebocoran
    Selain itu saluran air juga boleh tersumbat jika unit penyaman udara anda tidak diservis mengikut jadual. Kebiasaannya ia tersumbat disebabkan oleh lumut dan habuk. Saluran yang tersumbat akan menyebabkan air menitis ke lantai rumah anda.
    4.Menjimatkan elektrik
    Unit dapat beroperasi dengan cekap jika ia diservis mengikut jadual. Tenaga tambahan juga tidak diperlukan untuk unit beroperasi. Bil elektrik anda boleh meningkat kerana tenaga tambahan atau beban tambahan ini.
    5. Kesan masalah kerosakan lebih awal
    Jika terdapat sebarang masalah, juruteknik dapat mengesan ia lebih awal ketika servis. Ini dapat mengelakkan perbelanjaan besar untuk kos penyelenggaraan dan untuk mengelakkan kerosakan yang lebih teruk.
    6. Nasihat pakar
    Anda boleh mendapatkan nasihat tentang apa sahaja yang berkaitan dengan unit penyaman udara daripada juruteknik yang datang sewaktu perkhidmatan servis. Secara tak langsung anda dapat menambahkan pengetahuan anda dalam bidang ini.
    7. Keselamatan Paling utama,
    unit penyaman udara anda perlu diservis disebabkan soal KESELAMATAN. Anda haruslah mengutamakan keselamatan anda dan juga orang lain. Perkhidmatan servis yang kerap akan menjamin keselamatan unit dari segi pendawaian elektrik dan juga punca bekalan kuasa.
    #daikin
    #aircond
    #service
    #r32
    #penyamanudara
    #penghawadingin

Komentáře • 29

  • @adikzam1619
    @adikzam1619 Před rokem +9

    Terbaik.. Terima kasih... Dah boleh buat sendiri.. Jimat ratus2.. Dulu panggil servis, siap turun barang RM120.. skrg cuci kat atas tanpa bawa turun.. RM120 kalau bawa turun, RM150- 180.. Guna air tuan rumah, wkwkwkwk... xpa, xsalah , itu mata pencarian diaorang.. Cuma nk gtau je..😂😂😂😂.. Tapi bila dah ada CZcams ni, dh boleh DIY sendiri..

  • @tetouringmhmhmatlagend4477

    Tq info

  • @APIE7153
    @APIE7153 Před rokem +1

    Alhamdulillah terima kasih kongsi ilmu..

  • @mustaqimredzuan6191

    assalamualaikum, tq bang atas perkongsian, sy follow cara abang, alhamdulliah ok. cuma air cond ada bunyi bila kita on, air cond sejuk, cuma bunyi tu sy tak leh detect sbb apa? kot abang tahu punca nya. boleh habaq kt sini. terima kasih ilmu.

  • @daun7696

    Bang ajar buka blower acson 1hp pulak hehe

  • @putrarenovation716
    @putrarenovation716 Před rokem

    Cuci outdoor Ada tak. Model ni

  • @AshKun93

    Ajar bang bukak tray daikin/acson tu macam mana

  • @princecat91

    Blower tu saya dah try tolak keluar. Tapi tak ma keluar. Last sembur air sabun, gosok ngn berus cat pastu sembur air paip.

  • @Oppo-wb9qm

    Bang kalau xyah cabut blower...terus tembak air kat area coil gan blower tu.okey x?ad effect apa2 x

  • @abunzero1111
    @abunzero1111 Před rokem +1

    bang nk tanya,,blower tu blh basuh k atau cuci kering shaja??

  • @joeberuang6971
    @joeberuang6971 Před rokem +1

    Blower dh buka skru tp ssh nak bawa keluar, tarik tolak pun x nk keluar.. Kenapa yer?

  • @fahmiezakaria8512
    @fahmiezakaria8512 Před rokem +1

    skru blower kene bukak habis ke.or tinggal je kat situ

  • @mrx3139
    @mrx3139 Před rokem +2

    Jika spray air basuh kt radiator dia boleh ke?

  • @Ali_Mursi
    @Ali_Mursi Před rokem +1

    bang nak tanya kalau daikin bunyi ketek ketek tu masalah apa ea

  • @putrarenovation716
    @putrarenovation716 Před rokem +1

    Bang kalau buka xde effect gas ke pape eh