KEK GULA HANGUS/ KEK SARANG SEMUT

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 4. 09. 2024
  • Kek Gula Hangus/ Kek Sarang Semut
    Bahan A ( gula hangus )
    1 cawan gula
    1 cawan air panas
    cara cara
    1. Masukkan gula, ratakan dan biarkan gula cair atas api yang kecil. pastikan gula tidak hangus.
    2. Bila gula dah cair dan perang, masukkan air panas sedikit demi sedikit. Kacau perlahan hingga gula larut sepenuhnya.
    3. Masukkan pula butter dan kacau hingga butter cair
    4. Angkat dan sejukkan
    Bahan B
    5 biji telur gred B
    1/2 cawan susu pekat manis
    1 cawan tepung gandum
    2 sudu kecil soda bikarbonat
    1 sudu teh esen vanila
    Cara cara
    1. pecahkan telur ke dalam bekas. Kacau perlahan. Tak perlu pukul.Cukup sekadar telur cair dan rata.
    2. Masukkan susu pekat. Gunakan susu yang telah dibiarkan pada suhu bilik. Kacau rata. Masukkan pula esen vanila. Kacau kesemuanya hingga sebati.
    3. Masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum dan soda bikarbonat yang telah diayak. Gaul sebati. Akhir sekali tuang gula hangus dan kacau rata.
    4. Tapiskan adunan ke dalam loyang yang telah di alas dengan kertas pembakar dan di oles dengan butter.
    5. Perap adunan 3 hingga 5 jam. Boleh perap lebih lama untuk mendapat lubang lubang yang cantik.
    6. Panaskan ketuhar 15 minit pada suhu 170
    7. Bakar kek 40 minit dan hanya hidupkan api bawah sahaja. 15 minit seterusnya buka api atas dan bawah
    8. Biarkan kek sejuk barulah dipotong.
    Selamat mencuba🙏
    #hariharimasak
    #keksarangsemut
    #kekgulahangus
    #resepikek
    Jangan lupa Like Share dan Subcribe
    Terima kasih

Komentáře • 1