Keris Tinggalan Hang Tuah Bakal Dipamerkan Selama Sebulan

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 21. 05. 2024
  • 22 Mei - Pameran Hang Tuah yang bakal berlangsung selama sebulan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) bermula 10 Jun ini.
    Pameran tersebut bakal mempertontonkan kepada umum segala artifak dan bahan sejarah yang ditemui di seluruh dunia berkaitan legenda tersohor Melayu itu.
    Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, antara yang bakal dipamerkan adalah keris tinggalan Laksamana Hang Tuah yang masih disimpan oleh warisnya dari Bintan, Indonesia.
    "Melaka cukup bertuah kerana, pihak waris telah memberi kepercayaan untuk mempamerkan barangan warisan ini yang mempunyai kisah-kisah tersendiri kepada rakyat pada pameran ini," katanya.
    Ikuti kami di Telegram:
    t.me/melakatv
    #HangTuah
    #LaksamanaHangTuah
    #Pahlawan
    #pahlawanmelayu
    #sejarah
    #BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
    #MelakaHariIni
    #MHI
    #MelakaTV

Komentáře • 27

  • @sharasyshyusof7605
    @sharasyshyusof7605 Před 2 měsíci +4

    Syed Abd Rahman (Hang Tuah - nama diarena Persilatan)
    Syed Thanaudin (Sang Adi Putra - MahaGuru Hang Tuah diarena Persilatan)

  • @kakashihatake-yx6lq
    @kakashihatake-yx6lq Před 2 měsíci +6

    Boleh percaya ke pengakuan dari keturunan Hang Tuah, kat Indonesia yang mengaku keturunan Nabi Muhammad swt pun ramai.

  • @azlynnefnd1883
    @azlynnefnd1883 Před 2 měsíci +7

    Maaf bertanya.. ada bukti kesahihan waris Hang Tuah dan kesahihan keaslian keris?? Sekadar bertanya kerana kenapa sebelum ini tidak tampil?? Bukan menidakkan, cuma pengesahan. Saya anak Melaka Jati. Saya Sayang bumi Melaka.

    • @halimhalim7289
      @halimhalim7289 Před 2 měsíci

      Kalau tk betul pon takde sapa yg tahu....biasa la sejarah bukan fakta,mitos kedai kopi zaman dulu!😁😁😁

    • @azlynnefnd1883
      @azlynnefnd1883 Před 2 měsíci

      Tu sebab perlu bukti... Keturunan ada susur- galurnya. Sejarah itu fakta. Ada beza antara sejarah, dongeng dan lagenda..

    • @kaupunsamasembanglebih
      @kaupunsamasembanglebih Před 2 měsíci

      ​@@halimhalim7289cuba lelong😅

    • @gebookoyak5611
      @gebookoyak5611 Před 2 měsíci

      Aku mula2 mushkil juga.. tapi aku rasa hang tuah gelaran nama.. nama sebenarnya tak tau la.. taming sari masih ada dekat sultan perak.. original tu..

    • @Zprawnstar
      @Zprawnstar Před 2 měsíci

      betul

  • @wanridzwan1996
    @wanridzwan1996 Před měsícem +1

    melaka dan hang tuah berpisah tiada

  • @GS1400GS
    @GS1400GS Před 2 měsíci +2

    Saya tertanya tanya bilakah masjid agung melaka akan di bangunkan semula dia atas bukit tempat asalnya. Pindahkan kubur portugis itu ke tempat lain. Mereka telah hancurkan masjid itu. Sekarang kita dah merdeka. Bina kembali. Jika tak ada peruntukan buat kempen derma seluruh malaysia. Aku akan jadi salah soramg penderma

  • @Вашаболь
    @Вашаболь Před 2 měsíci

    DOA Nabi Muhammad ﷺ kepada para pemimpin secara umum:
    اللَّهُمَّ مَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ أُمَّتِي شَيْئًا فَشَقَّ عَلَيْهِمْ فَاشْقُقْ عَلَيْهِ وَمَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ أُمَّتِي شَيْئًا فَرَفَقَ بِهِمْ فَارْفُقْ بِهِ
    “Ya Allah, sesiapa yang menguruskan hal-ehwal umatku lalu dia menyusahkan mereka, maka susahkanlah dia dan sesiapa yang menguruskan hal-ehwal umatku lalu dia mengasihani mereka, maka kasihanilah dia".
    (Hadis Riwayat Muslim, Sahih Muslim, 9/351, no. 3407)

  • @shafiqdaud705
    @shafiqdaud705 Před 2 měsíci +1

    sundang tu bkn keris tapi pedang, kerajaan negeri melaka kena check dgn teliti mengenai salasilah keturunan mereka tu, sbb sundang dgn hukum tu merupakan 2 senjata tu di guna pakai secara umum pada zaman dahulu

  • @user-nr1ne4bq6z
    @user-nr1ne4bq6z Před 2 měsíci +1

    Takkan melayu hilang di dunia

  • @youvedio4662
    @youvedio4662 Před 2 měsíci

    Kena buat tugu hang Tuah

  • @fight_club7719
    @fight_club7719 Před 2 měsíci

    😅😅😅

  • @gebookoyak5611
    @gebookoyak5611 Před 2 měsíci

    Aku rasa hang tuah ni gelaran nama. Nama sebenarnya masih belum confirm..
    Mcm al- fatih@ mehmeh ii dr kerajaan ottoman..

  • @abdkadirsapei
    @abdkadirsapei Před 2 měsíci +2

    Sahih ke? 2024 baru muncul?

    • @Zprawnstar
      @Zprawnstar Před 2 měsíci

      tu la mcm booooosto je benda2 ni

  • @senohau
    @senohau Před 2 měsíci

    hang tuah ataukah hero badang

  • @jijoious
    @jijoious Před 2 měsíci

    keris taming sari masih belum dijumpai sehingga kini...... cuma menara je ada buat pelancong naik 😅

    • @gebookoyak5611
      @gebookoyak5611 Před 2 měsíci +1

      Bro taming sari kat sultan perak.. ade tu dia pakai masa majlis rasmi.. 🤦‍♂️

    • @jijoious
      @jijoious Před 2 měsíci

      @@gebookoyak5611 orang kata itu replika🤷🏻ntah le.....

    • @gebookoyak5611
      @gebookoyak5611 Před 2 měsíci

      @@jijoious bro tgk balik family tree sultan perak dari mana.. pastu pikir balik keris tu replika ke tak..🤣

    • @rizan3593
      @rizan3593 Před měsícem

      Taming Sari asli masih ada. Di Perak.

  • @shak4996
    @shak4996 Před 2 měsíci

    mcm sundang je.. pedang utk berperang