Perjalanan Seorang Pesakit Kanser Payudara

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 30. 09. 2022
  • Saat disahkan menghidap kanser payudara pasti akan memberi kesan yang hebat buat seseorang wanita. Apatah lagi jika terpaksa menjalani pembedahan dan rawatan lanjutan bagi mengawal kanser yang dihidapi.
    Oleh itu, adalah penting bagi wanita untuk melakukan pemeriksaan sendiri payudara (Breast Self Examination) dan berjumpa dengan doktor jika terdapat simptom-simptom awal kanser payudara. Pengesanan awal melalui saringan mamogram dan ultrasound memainkan peranan penting bagi mengesan kanser payudara pada peringkat terawal untuk mendapatkan rawatan.
    Video yang berkisar mengenai perjalanan seorang wanita disaat dia disahkan menghidap kanser payudara, menjalani rawatan dan seterusnya berjuang dalam meneruskan kehidupan ini diharap dapat membukakan mata para wanita di luar bahawa pemeriksaan sendiri payudara dan pengesanan awal memberi impak yang berkesan dan memberikan harapan bahawa kanser payudara dapat dicegah.
    Pantai Jerudong Specialist Centre
    All rights reserved ©

Komentáře • 6