Kayuh Solo Santai Ke Taman D.R. Seenivasagam Kinta Riverfront Walk Dan Laman Sejahtera

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 3. 10. 2023
  • Taman D.R. Seenivasagam,Laman Sejahtera dan Kinta Riverfront Walk adalah lokasi menarik untuk aktivi riadah dan bersenam yang terletak dalam Bandaraya Ipoh.
    Tiga lokasi ini saling terletak bersebelahan antara satu dengan yang lain.
    Untuk bergerak dengan basikal ke tiga lokasi ini tidaklah menjadi satu masalah,tapi bagi perjalanan kaki pastinya anda akan terasa cepat keletihan.
    Sekiranya anda bergerak dengan kereta,boleh saja anda ubah lokasi pakir kereta anda kerana ketiga-tiga lokasi ini mempunyai ruang pakir yang berasingan.
    Gunakan aplikasi google atau yang sewaktu dengannya supaya memudahkan anda mengambil laluan yang betul untuk setiap tempat pakir yang disediakan.
    Untuk makluman anda,aktiviti lepak dan jualan di Kinta Riverfront Walk ini hanya aktif di sebelah lewat petang dan malam sahaja.
    Di sebelah siang lebih sesuai untuk lain-lain aktiviti santai seperti bersenam,jalan jalan sambil bergambar.
    Bawa sedikit bekalan makanan dan minuman sekiranya anda berhajat untuk lepak di siang hari.
    Apa yang penting,sebagai rakyat Malaysia yang maju minda dan berdisplin,sama-samalah kita menjaga kebersihan dan jangan sesekali membuang sampah sesuka hati walau di mana saja kita lawati.
    Selamat menonton dan mohon hulurkan sedikit sokongan anda untuk tekan butang LIKE,SHARE Dan jangan lupa SUBSCRIBE untuk memajukan lagi channel Pok Cik Polygon ini.
    Terima Kasih Yang Tak Terhingga. 🥰✌🏽👌🏽😍
  • Sport

Komentáře • 2