HOUSEBOAT TASIK KENYIR 2024 | TEMPAT WAJIB PERGI DI TERENGGANU | TEMPAT MENARIK DI TERENGGANU

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 11. 09. 2024
  • Assalamualaikum..
    Hari ni abang K dan kawan-kawan akan bawa anda semua ke Tasik Kenyir, yang terletak dalam negeri Terengganu. Kali ni abang ambil pakej Houseboat dengan Permata Kenyir. Memang puas hati guys, memang betul-betul healing kalau datang sini, Line Telefon memang kat sini tak ada coverage ye.
    Lokasi Jeti Pengkalan Gawi
    maps.app.goo.g...
    Lawati juga blog addashuk
    www.addashuk.com
    Untuk ke Tasik Kenyir ni, anda kena pergi ke Jeti Pengkalan Gawi. Seterusnya kita akan menaiki Houseboat ke Air Terjun Langsir. Perjalanan dari Pengkalan Gawi ke Air Terjun Langsir mengambil masa 3 jam menaiki houseboat. Perjalanan balik semula ke Pengkalan Gawi, kita orang singgah di Taman Herba.
    Houseboat bertolak dari Pengkalan Gawi ke Air Terjun Langsir pada pukul 10.00 Pagi, Dan sampat di Air Terjun Langsir pada pukul 1.00 petang. Perjalanan mengambil masa 3 jam menaiki houseboat.
    Untuk pengetahuan anda,Tasik Kenyir yang terletak di hulu Sungai Kenyir, Terengganu dan merupakan tasik terbesar yang pernah dibina oleh manusia untuk menjana kuasa elektrik di Asia Tenggara. Tasik ini seluas 260 km persegi dan mengandungi 340 pulau kecil.
    Semenjak kewujudan empangan kat sini, kawasan sekitarnya terutama Kuala Berang telah mula dikenali oleh ramai orang baik dari dalam mahupun luar negeri. Tasik ini merupakan tempat pelancongan sangat popular di Terengganu semenjak kewujudannya. Ia siap dibina pada 1988 dan menjadi salah satu tempat menarik di Terengganu dan juga tempat wajib pergi terengganu..
    Tasik Kenyir telah menenggelamkan beberapa buah kampung dan juga bukit. Banyak haiwan liar telah diselamatkan ketika pembinaan empangan ini semasa air menenggelamkan byk kampung-kampung. Pembinaan empangan ini telah mewujudkan pulangan ekonomi kepada penduduk setempat yang majoritinya ialah petani. Secara tidak langsung, penduduk di sini dapat menaikkan taraf sosial masing-masing. Kedatangan pelancong ke sini yang terkenal dengan houseboat dan jagung manisnya telah menaikkan nama bandar Kuala Berang di mata pihak luar yang sebelum ini dikenali sebagai 'bandar mati'.
    Pelbagai usaha telah dipertingkatkan dalam usaha memperkenalkan Tasik Kenyir di peringkat yang antarabangsa Pulau Herba merupakan salah satu pulau yang terdapat di Tasik Kenyir. Pulau Herba mempunyai kira-kira 26 ribu pokok herba. Manakala bagi penggemar fotografi, Air Terjun Lasir merupakan tempat yang menjanjikan pelbagai landskap serta flora dan fauna yang indah untuk dirakam. Air terjun yang terdapat di sekitar Tasik Kenyir ini juga merupakan tarikan utama perlancongan.
    So.. anda jangan lupa Subscribe Addashuk Channel untuk video-video yang menarik yang banyak memberi info tentang tempat-tempat menarik yang perlu anda lawati. Boleh follow channel ni untuk mengetahui tempat menarik di Kelantan khususnya, tempat menarik di Malaysia umumnya.
    Ok gais, selamat menonton dan terima kasih, jangan lupa Like dan Share video ni untuk menyokong kita orang untuk terus membuat video-video yang akan datang... Assalamualaikum...
    Ini adalah video vlog ke Houseboat Tasik Kenyir 2024, tempat wajib pergi Di Terengganu, tempat Menarik di Terengganu.
    #tasikkenyir #houseboat #tasikkenyirhouseboat #terengganu #terengganukucomey #terengganukucomey #permatahouseboat #tempatmenarikditerengganu #kenyirhouseboat
    Peralatan yang digunakan dalam video ini boleh beli di shopee.
    Rakaman Video dari Smartphone Huawei Mate 40 Pro
    s.shopee.com.m...
    Guna Gimball Zhiyun Smooth Q4
    s.shopee.com.m...
    Guna Microphone Saramonic Blink 500
    s.shopee.com.m...
    Video Dron guna DJI Mini 4 Pro
    s.shopee.com.m...

Komentáře • 8