CEGAH SEBELUM PARAHOPERASI HAPUS KACAU GANGGU DI PREMIS KEDIAMAN 28 MEI 2024

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 29. 05. 2024
  • CEGAH SEBELUM PARAH
    OPERASI HAPUS KACAU GANGGU DI PREMIS KEDIAMAN
    28 Mei 2024
    Sebuah premis di Daerah Barat Daya telah didapati menimbulkan kacau ganggu kepada penduduk sekitar dengan longgokan sisa barang lusuh. Berdasarkan Akta Kerajaan Tempatan 1976 di bawah Seksyen 82, Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah mengeluarkan Notis Menghendaki Kacau Ganggu Dihapuskan kepada pemilik premis pada 14 Mei 2024. Pemilik premis tersebut telah dengan sengaja tidak mengambil sebarang tindakan pembersihan dan masih membiarkan premis beliau dalam keadaan yang meloyakan.
    Sehubungan itu, Jabatan Penguatkuasaan, Majlis Bandaraya Pulau Pinang pagi tadi telah menerajui satu Operasi Bersepadu bersama pihak Pejabat Kesihatan Daerah Barat Daya, Polis DiRaja Malaysia dan jabatan-jabatan dalaman seperti Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Jabatan Kesihatan Persekitaran.
    Sebelum dan selepas operasi ini bermula, laporan polis telah dibuat berhubung perkara ini dan tindakan rampasan barang-barang lusuh telah dilaksanakan. Satu (1) buah lori telah digunakan untuk tujuan rampasan ini dan dianggarkan berjumlah sebanyak 1 tan barang-barang lusuh berjaya dikutip. Pemilik premis tersebut akan dikenakan caj mengikut kadar yang ditetapkan bagi kerja-kerja menghapus kacau ganggu.
    Barisan anggota Polis DiRaja Malaysia yang bertugas pada operasi ini berjaya mengawal situasi dan emosi pemilik premis yang cuba bertindak agresif menghalang pegawai Majlis Bandaraya Pulau Pinang melaksanakan kerja-kerja menghapus kacau ganggu.
    Pada masa yang sama pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Barat Daya telah menjalankan pemeriksaan bekas-bekas berpotensi pembiakan nyamuk dan telah menemui bekas tempat pembiakan jejentik. Tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya sedang dipertimbangkan kerana pemilik tidak mematuhi Notis Seksyen 8 Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 kerana mengakibatkan premisnya menjadi tempat pembiakan jejentik yang boleh membawa kepada penyebaran wabak denggi.
    Operasi Bersepadu ini tamat pada jam 10.50 pagi setelah kawasan pekarangan premis telah dibersihkan.
    “MEMIMPIN SAMBIL BERKHIDMAT”

Komentáře • 37

  • @raziffpakchaq8838
    @raziffpakchaq8838 Před 2 měsíci +12

    TERBAIK, TERUSKAN OPERASI PADA YG PENGOTOR YG MENYUSAHKAN ORG RAMAI

  • @lowkimsoon2501
    @lowkimsoon2501 Před měsícem +7

    Tak nk dgr kasi saman je sy tak ksh bangsa ke agama...

  • @khairiezaman5095
    @khairiezaman5095 Před měsícem +2

    Tahniah pihak yg terlibat.😊

  • @abdullahahmad6197
    @abdullahahmad6197 Před měsícem +3

    Kalau org malayia satu batalion turun kalau pendatang atau warga asing semua ambil cuti buat tk tahu lan lh

  • @MHS.fishing
    @MHS.fishing Před měsícem +1

    Terbaik..teruskan👍👍👍

  • @68zayne
    @68zayne Před 2 měsíci +4

    Terbaik
    👍👍👍👍👍

  • @kalsomsudin1255
    @kalsomsudin1255 Před měsícem +1

    Tahniah..💪💪💪

  • @sakooraco3659
    @sakooraco3659 Před 2 měsíci +5

    Hoarder ni. Mmg satu penyakit .. perlu dibantu.

  • @mohdadiruskhamis2503
    @mohdadiruskhamis2503 Před 2 měsíci +4

    bagus macam tu Pbt seluroh Msia

  • @Liza-tu9qc
    @Liza-tu9qc Před 2 měsíci +7

    Dah brape lama bru ambil tindakan tu..nyamuk2 dah beranak pinak..adoii ..sian jiran ttngga

    • @norazura2533
      @norazura2533 Před měsícem

      Selama ni tk de org report mane la pihak berkuasa nk tau..klo ade masaalah mcm ni kt kwsn kite kne la report.

  • @Honor-vm5ky
    @Honor-vm5ky Před měsícem +1

    Terbaik bos

  • @beyondhuman7223
    @beyondhuman7223 Před 2 měsíci +3

    saya pun perna tengok manusia macam ini.

  • @hasnulabdulhamid6286
    @hasnulabdulhamid6286 Před 2 měsíci +5

    Saman KKM RM500

  • @alvinchiam3587
    @alvinchiam3587 Před 2 měsíci +4

    Good salah tangkap

  • @awangbawang10
    @awangbawang10 Před měsícem +3

    jangan pilih bulu bila jalankan tugas kena sama rata tak kira bangsa atau warga asing

  • @anakdesa7388
    @anakdesa7388 Před 2 měsíci +5

    Mungkin ada sakit hoarding

  • @amirhamzah-nf6pw
    @amirhamzah-nf6pw Před 2 měsíci +3

    Duduk hutan penyudah owner...berbakul saman dapat...

  • @user-ok5tb3jq1j
    @user-ok5tb3jq1j Před 2 měsíci +3

    Nak tanya ??... ini dikira penyakit jiwa atau penyakit pemalas? Sebab aku tengok ramai je orang yang suka mengumpul sampah di depan rumah

  • @castelloboy7277
    @castelloboy7277 Před 2 měsíci +1

    Bagus

  • @alantan6744
    @alantan6744 Před měsícem +1

    Seram melihat😮

  • @kamariahsand3221
    @kamariahsand3221 Před měsícem

    ❤❤❤❤❤

  • @zahrahkadir9939
    @zahrahkadir9939 Před 2 měsíci +1

    Macam mana le blh duduk dgn keadaan sekitar rumah macam tu.

  • @mohdramli3551
    @mohdramli3551 Před 2 měsíci +2

    Jgn bagi muka

  • @sukrifcwest5122
    @sukrifcwest5122 Před 2 měsíci +1

    Rumah ke sarang beruk tu.

  • @zolkefflisabran2091
    @zolkefflisabran2091 Před měsícem

    Penang.. siapa yg ramai duk di Penang..😂

  • @user-dq9sg6uc1u
    @user-dq9sg6uc1u Před měsícem

    I called this, strong arm of the Government(maximum output-multiply agency cooperation) yet compassionate. The municipal Council wasted no time and dispose of all rubbish that is potential fire hazard and dengue outbreak. It also can lead to fleas, lice, rats, snake infestation.

  • @abdullahahmad6197
    @abdullahahmad6197 Před měsícem

    Yang

  • @AhJ72l-nz5iy
    @AhJ72l-nz5iy Před měsícem

    Lorongkulitkotor

  • @mohdnoor9514
    @mohdnoor9514 Před 2 měsíci +3

    Harta karun tu.. 😂😂😂