Video Majlis Persaraan KP JPJ

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 27. 08. 2024
  • PUTRAJAYA, 18 September 2020 - Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia, YBhg. Dato’ Sri Shaharuddin bin Khalid yang besara wajib hari ini diaraikan pada Majlis Jasamu Dikenang di Dewan Serbaguna Kementerian Pengangkutan di sini hari ini.
    Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah kehilangan sebuah permata yang bertungkus lumus dalam menaikkan imej Jabatan ini dengan kepimpinannya dalam mentadbir serta memacu Jabatan ke arah kecemerlangan sepanjang beliau berkhidmat dari tahun 2017 sehingga 2020.
    Kami seluruh warga cemerlang JPJ mengucapkan terima kasih di atas usaha keras, dedikasi dan kepimpinan YBhg. Dato’ Sri sepanjang berada di JPJ dalam memimpin serta menaikkan imej Jabatan ini di tempat yang tertinggi.
    Dalam majlis itu juga, turut diadakan majlis “punch out” serta tabik hormat kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia, YBhg. Dato’ Sri Shaharuddin bin Khalid di Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia sempena persaraan wajib beliau.
    Dalam majlis selama dua jam itu juga turut diselitkan dengan perhimpunan bulanan serta tiga Majlis Pelancaran iaitu Pelancaran Buku Laporan Tahunan 2019 dari Bahagian Korporat dan Perancangan Strategik, Pelancaran Kad Kuasa Baharu, Seksyen Keselamatan dan Pelancaran Buku Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) dari Bahagian Integriti.
    Majlis ini turut dihadiri Pengarah Bahagian, Pengarah Negeri, Pegawai Kanan, Anggota dan Kakitangan Awam JPJ.

Komentáře • 1